Selama tiga hari berturut-turut saya menonton di kaca televisyen berkaitan kuasa. Yang pertama adalah dokumentari "The Rise and False of Rome". Ianya mengisarkan bagaimana seorang jeneral Rome menjadi Maharaja di saat Rome mengalami ancaman musuh dari luar dan dalam. Bagaimana beliau menggunakan ketegasan dan kelembutan untuk meraih sokongan para tentera Rome dan melawan musuh.
Tetapi apa yang paling menarik perhatian saya adalah beliau seorang yang kuat dari segi rohani. Beliau memuja tuhan beliau iaitu tuhan perang dan yakin kemenangan yang dicapainya adalah kerana pertolongan tuhan perang yang dipuja beliau. Di situ dapat saya perhatikan
betapa kekuatan rohani seseorang itu mampu mendatangkan impak yang besar pada lahiriah.
Namun setelah beliau berjaya mematahkan kesemua musuh Rome akhirnya beliau dikhianati oleh orangnya sendiri. Beliau mati dibunuh pengkhianat ketika sedang beristirehat di tepi sungai. Beliau gagal mempertahankan kerajaan yang dibina beliau dengan penuh semangat dan penat lelah. Mungkin disebabkan hasad dengki atau tamak haloba yang ada orang beliau. Ianya membuatkan saya terfikir kuasa yang kuat jika tidak dikawal hanya akan memakan diri balik.
Yang kedua saya menonton dokumentari "The Body Language". Walaupun saya hanya menontonnya dari tengah dokumentari tersebut namun ianya memberikan saya info yang membuka mata dan minda saya mengenai kuasa.
Yang sempat saya tonton adalah berkenaan
kuasa suara. Bagaimana pemimpin dan orang-orang besar menggunakan suara mereka untuk mempengaruhi orang disekeliling mereka. Mereka melatih percakapan mereka. Dengan menggunakan intonasi yang betul, emosi, lakonan dan perkataan mereka mampu mempengaruhi orang disekeliling yang mendengar ucapan mereka. Bagaimana dengan menggunakan mulut sahaja mereka mampu mempengaruhi orang dan mengawal setiap apa yang berlaku di dunia.
Dan yang baru saya tonton sebentar tadi sebuah cerita bertajuk "The Trick Of Wowan". Mengisahkan seorang jurugambar model mengubah seorang gadis selekeh yang bekerja di restoran ikan menjadi seorang model.
Ayat yang menarik perhatian saya dari jurugambar tersebut adalah
"Kecantikan adalah satu kuasa". Ya ianya adalah satu kuasa yang kuat. Melalui kecantikan seseorang mampu mengawal orang lain. Membuatkan saya terimbas kembali saat ketika saya bekerja di sebuah syarikat dahulu. Pemilik syarikat tersebut mengatakan kepada saya "Ko wajah ada.. Gunakan lah untuk pikat wanita2 berpangkat besar untuk dapatkan projek..".
Wooo tapi saya hanya gunakan secara tak sengaja untuk melariskan cyber cafe beliau. Ramai gadis yang datang ke cyber cafe tersebut atas dasar tertarik pada luaran saya dan jualan cyber cafe tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah apabila saya menguruskannya. Kecantikan itu mampu memukau orang dan membuatkan orang sanggup melakukan apa sahaja yang kita kehendaki. Betapa kuatnya kuasa kecantikan.
Berikut adalah 3 jenis kekuatan atau kuasa yang ada pada diri kita:
- Kuasa rohani
- Kuasa suara
- Kuasa kecantikan
Itu hanya sebahagian. Terdapat banyak lagi kuasa lain yang terletak pada diri kita. Cuma bezanya adakah kita melatih dan menggunakan kuasa - kuasa tersebut?
Jika kita lihat pada mereka yang berada di atas yakni mereka yang berkuasa. Kenapa mereka berkuasa sedangkan kita tidak? Jawapannya adalah kerana mereka memahami kuasa yang ada dalam diri mereka dan melatihnya untuk dipancarkan ke seluruh tempat yang mereka kehendaki. Sedangkan kita tidak ambil peduli akan kuasa-kuasa yang ada pada dalam diri kita dan hanya tahu mengeluh dan memberi beribu alasan untuk tidak menjadi orang yang mempunyai kuasa yang besar.
Kuasa terbesar sekali adalah kuasa ilmu iaitu mengetahui yang disertakan dengan tindakan. Dua perkara ini perlu disatukan atau tidak hanya akan menjadi sia-sia. Jika anda inginkan perubahan positif pada kehidupan anda kaji lah kuasa yang terpendam di dalam diri anda dan tonjolkannya ke arah positif.
Motto saya : "
Semua di alam semesta ini adalah tenaga dan kuasa."