Showing posts with label kuasa. Show all posts
Showing posts with label kuasa. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Kuasa - Part 1

Selama tiga hari berturut-turut saya menonton di kaca televisyen berkaitan kuasa. Yang pertama adalah dokumentari "The Rise and False of Rome". Ianya mengisarkan bagaimana seorang jeneral Rome menjadi Maharaja di saat Rome mengalami ancaman musuh dari luar dan dalam. Bagaimana beliau menggunakan ketegasan dan kelembutan untuk meraih sokongan para tentera Rome dan melawan musuh.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian saya adalah beliau seorang yang kuat dari segi rohani. Beliau memuja tuhan beliau iaitu tuhan perang dan yakin kemenangan yang dicapainya adalah kerana pertolongan tuhan perang yang dipuja beliau. Di situ dapat saya perhatikan betapa kekuatan rohani seseorang itu mampu mendatangkan impak yang besar pada lahiriah.

Namun setelah beliau berjaya mematahkan kesemua musuh Rome akhirnya beliau dikhianati oleh orangnya sendiri. Beliau mati dibunuh pengkhianat ketika sedang beristirehat di tepi sungai. Beliau gagal mempertahankan kerajaan yang dibina beliau dengan penuh semangat dan penat lelah. Mungkin disebabkan hasad dengki atau tamak haloba yang ada orang beliau. Ianya membuatkan saya terfikir kuasa yang kuat jika tidak dikawal hanya akan memakan diri balik.

Yang kedua saya menonton dokumentari "The Body Language". Walaupun saya hanya menontonnya dari tengah dokumentari tersebut namun ianya memberikan saya info yang membuka mata dan minda saya mengenai kuasa.

Yang sempat saya tonton adalah berkenaan kuasa suara. Bagaimana pemimpin dan orang-orang besar menggunakan suara mereka untuk mempengaruhi orang disekeliling mereka. Mereka melatih percakapan mereka. Dengan menggunakan intonasi yang betul, emosi, lakonan dan perkataan mereka mampu mempengaruhi orang disekeliling yang mendengar ucapan mereka. Bagaimana dengan menggunakan mulut sahaja mereka mampu mempengaruhi orang dan mengawal setiap apa yang berlaku di dunia.

Dan yang baru saya tonton sebentar tadi sebuah cerita bertajuk "The Trick Of Wowan". Mengisahkan seorang jurugambar model mengubah seorang gadis selekeh yang bekerja di restoran ikan menjadi seorang model.

Ayat yang menarik perhatian saya dari jurugambar tersebut adalah "Kecantikan adalah satu kuasa". Ya ianya adalah satu kuasa yang kuat. Melalui kecantikan seseorang mampu mengawal orang lain. Membuatkan saya terimbas kembali saat ketika saya bekerja di sebuah syarikat dahulu. Pemilik syarikat tersebut mengatakan kepada saya "Ko wajah ada.. Gunakan lah untuk pikat wanita2 berpangkat besar untuk dapatkan projek..".

Wooo tapi saya hanya gunakan secara tak sengaja untuk melariskan cyber cafe beliau. Ramai gadis yang datang ke cyber cafe tersebut atas dasar tertarik pada luaran saya dan jualan cyber cafe tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah apabila saya menguruskannya. Kecantikan itu mampu memukau orang dan membuatkan orang sanggup melakukan apa sahaja yang kita kehendaki. Betapa kuatnya kuasa kecantikan.

Berikut adalah 3 jenis kekuatan atau kuasa yang ada pada diri kita:
- Kuasa rohani
- Kuasa suara
- Kuasa kecantikan

Itu hanya sebahagian. Terdapat banyak lagi kuasa lain yang terletak pada diri kita. Cuma bezanya adakah kita melatih dan menggunakan kuasa - kuasa tersebut?

Jika kita lihat pada mereka yang berada di atas yakni mereka yang berkuasa. Kenapa mereka berkuasa sedangkan kita tidak? Jawapannya adalah kerana mereka memahami kuasa yang ada dalam diri mereka dan melatihnya untuk dipancarkan ke seluruh tempat yang mereka kehendaki. Sedangkan kita tidak ambil peduli akan kuasa-kuasa yang ada pada dalam diri kita dan hanya tahu mengeluh dan memberi beribu alasan untuk tidak menjadi orang yang mempunyai kuasa yang besar.

Kuasa terbesar sekali adalah kuasa ilmu iaitu mengetahui yang disertakan dengan tindakan. Dua perkara ini perlu disatukan atau tidak hanya akan menjadi sia-sia. Jika anda inginkan perubahan positif pada kehidupan anda kaji lah kuasa yang terpendam di dalam diri anda dan tonjolkannya ke arah positif.

Motto saya : "Semua di alam semesta ini adalah tenaga dan kuasa."

Monday, March 29, 2010

Kehebatan Manusia

Pernahkah anda lihat manusia2 luar biasa? Ada yang boleh pecahkan konkrit tanpa cedera sedikit pun, ada yang mampu bergerak dengan kepantasan luar biasa, ada yang mampu membaca dan mengingat buku setebal kamus dewan dalam masa kurang sejam, ada yang mampu memanjat bangunan tanpa menggunakan apa-apa peralatan, ada yang mampu menyelam lebih dari sejam tanpa sebarang peralatan, ada yang mampu menarik beban bertan-tan dengan hanya menggunakan rambut dan bermacam-macam lagi..

Pernahkah anda terfikir adalah mustahil untuk kita sebagai manusia melakukan perkara-perkara sedemikian? Sehingga sebahagian kita menganggap mereka ini menggunakan jin dan sebagainya.. Adalah menjadi perkara biasa apabila kita melihat sesuatu yang kita tak mampu lakukan maka kita berfikiran ianya mustahil tanpa bantuan kuasa-kuasa luar..

Fikir sekali lagi.. Sebenarnya kita sebagai manusia mampu melakukan perkara-perkara luar biasa tersebut.. Apakah kita lupa bahawa manusia merupakan sebaik-baik kejadian?

Mari kita kenali diri kita dan melihat kemampuan kita sebagai manusia.. Manusia merupakan ciptaan yang sangat hebat namun kita sebagai manusia ini tidak menyedarinya kerana kita menghalang fikiran kreatif kita..

Mari kita bandingkan salah satu anggota badan kita dengan mesin ciptaan kita.. Kita lihat pada mata dan otak.. Dari kita lahir hinggalah sekarang berapa banyak mata kita telah melihat? Bukan sahaja melihat malah merakamkan apa yang kita lihat.. Begitu banyak video yang telah dirakam ke dalam otak kita..

Jika kita lihat komputer pada masa kini.. Untuk melihat dan merakam video memerlukan processor yang tinggi, memory yang tinggi, kuasa kad grafik yang tinggi, dan juga storan yang besar.. Bayangkan untuk sejam setengah video sahaja komputer memerlukan storan sebesar 700MB..

Jom kita buat kira-kira sedikit.. Katakan untuk manusia berusia 10 tahun.. Kita berikan nama sebagai Human A.. Katakan sehari dia melihat selama 16 jam setelah ditolak waktu tidur.. Maka untuk sepuluh tahun dia telah merakan video+audio selama 16 jam x 365 hari x 10 tahun bersamaan lebih kurang 58400 jam.. Untuk satu jam video+audio komputer memerlukan lebih kurang 400MB storan.. Jadi untuk 10 tahun komputer memerlukan storan sebesar 400MB x 58400 bersamaan 23,360,000 MB atau 23 terrabyte.. Itu bersamaan 23 biji harddisk terbesar buat masa sekarang (1 terrabyte)..

Cuba bandingkan saiz fizikal harddisk dengan otak mana lagi besar.. Otak yang besar sedikit sahaja dari harddisk mampu menyimpan lebih dari sebiji harddisk.. Itu tak termasuk menyimpan fungsi-fungsi lain otak.. Hebat bukan?

Mungkin ada yang menyatakan kenapa saya tidak ingat kejadian pada masa-masa tertentu? Itu kita kena lihat pada bagaimana otak kita berfungsi.. Lihat gambarajah di bawah..

Otak kita mengandungi bertrilion sel neuron yang menyimpan data dan program.. Neuron-neuron ini bergabung melalui axon dan membentuk satu litar yang sangat kompleks.. Anda mungkin pernah melihat iklan di tv seperti anmum.. Dalam iklan tersebut ada dikatakan "Menghubungkan sel-sel otak!" dan menjadi lebih bijak, kuat ingatan dan sebagainya.. Memang itulah sebenarnya yang berlaku di dalam otak kita.. Sel-sel neuron yang mengandungi pelbagai maklumat dan program ini berhubung antara satu sama lain untuk membentuk litar atau sesuatu fungsi termasuk juga sifat manusia..

Axon atau sambungan otak ini hanya terbentuk apabila diperlukan.. Semakin lama dibiarkan tidak digunakan maka ianya akan susut dan terputus maka maklumat yang tersimpan di sel neuron tidak dapat diakses.. Itu yang menjadikan kita lupa akan sesuatu perkara..

Namun apabila ianya selalu digunakan ia akan menjadi lebih teguh dan sampai satu tahap sukar untuk susut.. Sebab itu untuk mengingat sesuatu kita selalu melakukan PENGULANGAN.. Pengulangan merupakan satu tool yang penting untuk kita mencapai satu tahap yang luar biasa.. Melalui pengulangan sel-sel dan litar di dalam badan kita menjadi lebih solid..

Sebagai contoh kita lihat HABIT atau KEBIASAAN kita.. Katakan setiap hari kita melalui jalan yang sama untuk pergi ke tempat kerja.. Pada permulaannya kita agak kurang pasti dengan perjalanan kita.. Tetapi lama-kelamaan kita sudah biasa sehinggakan kita tidak perlu memikirkan (memprogram) perjalanan kita.. Ianya menjadi auto...

Katakan kita naik bas atau lrt untuk ke tempat kerja.. Kalau dulu kita kene meninjau luar untuk melihat kita berada di mana.. Tetapi apabila sudah biasa sambil kita baca surat khabar kita sudah boleh tau kita sudah berada di mana tanpa perlu meninjau di tingkap.. Sehinggakan kita boleh terus turun apabila sampai ke destinasi biasa kita sambil membaca surat khabar..

Mengenai kekuatan tubuh badan kita juga adalah sama.. Badan kita dicipta untuk membentuk sendiri sistem untuk membolehkan kita survive.. Mari kita lihat bagaimana ahli Muay Thai berlatih.. Mereka menendang batang pokok yang keras berulang kali.. Untuk manusia biasa mungkin kaki kita dah patah atau paling kurang pun bengkak teruk tetapi mereka pula terbalik.. Bukan kaki mereka yang patah tetapi batang pokok tersebut..

Sama juga seperti otak berfungsi, keseluruhan badan kita juga mempunyai memori yang menyimpan segala bentuk pergerakan yang telah dilatih.. Selain itu tubuh badan kita akan dengan sendirinya membentuk menjadi lebih kuat apabila didapati ianya diperlukan (melalui pengulangan latihan).. Otot, tulang akan membentuk kombinasi yang menjadikan kaki kita lebih kuat berbanding batang pokok..

Mungkin anda pernah terdengar "Practise make perfect".. Ungkapan tersebut adalah benar.. Badan kita memerlukan pengulangan / praktis untuk membentuk tubuh yang lebih kuat dan juga kekuatan minda yang lebih mantap.. Apabila kita malas maka keseluruhan badan kita juga menjadi lemah secara berperingkat.. Apabila kita rajin berlatih atau aktif melakukan sesuatu, keupayaan badan kita akan meningkat secara berperingkat..

Apa yang penting adalah kita lakukan latihan secara berperingkat.. Katakan untuk kuatkan kaki kita mulakan dengan menendang batang pokok secara perlahan berulang-kali.. Apabila sudah tidak merasa sakit langsung (sistem badan telah membentuk kekuatan) kita tambah kekuatan menendang tersebut..

Kesimpulannya badan kita mempunyai kemampuan yang luar biasa.. Apa yang perlu kita lakukan adalah membuat latihan yang betul untuk menjelmakan keupayaan tersebut..